kesalahan bertalu diundang pilu terus diungkit,
terpinggir sendiri tiada tempat untuk meluah,
jiwa semakin meronta untuk sentiasa tersenyum
suratan takdir tetap aku genggam erat,
segala peristiwa dilupa untuk kehidupan baru,
namun tidak semudah berbicara dan disangka,
tenggelamnya aku untuk terus mengharung dugaan demi dugaan
dimana sokongan untuk aku tetap terus bertabah,
mungkin sia-sia andai terus berjuang,
namun masih adakah cara lain untuk aku menongkah arus,
jiwa kegersangan mencari kasih sayang dan perhatian
tidak aku minta untuk terus begini,
mungkin aku bukanlah insan terbaik pernah dimiliki,
namun sedarilah aku tetap ingin menjadi permata walau pernah tersalah sangka ibarat kaca,
tajam ku bukan untuk meluka tapi mungkin sebagai suatu penyerlah bahagia
sedarilah aku juga punya jiwa,
kekosongan bukan hanya sekadar omongan rasa,
aku menanti terseksa terpana,
tanpa menyendari semakin lama aku jatuh tersembah tanpa pautan apa-apa
lambaian palsu pernah disua,
tanpa mampu aku merungkai yang mana sebenarnya nyata,
kerana secebis kasih aku terseksa,
mungkin tiada tempat untuk aku terus bahagia dengan apa yang diharap dengan kata-kata...
*tiada jalan untuk memilih bahagia, kesalahan tetap menghantui, harapan terus malap tanpa mampu untuk terus diselamatkan, aku pasrah andai inilah jalan hidup yang nyata*
No comments:
Post a Comment