pernah kau terfikir apa yang akan berlaku dalam hidup?
pernah kau merancang tetapi tidak semua berlaku seperti perancangan yang difikirkan?
pernah kau kecapi bahagia yang sebenarnya kaburan dunia semata?
pernah kau merasa lelah untuk terus tersenyum walhal segalanya kelam seperti tiada arah bagi diri?
bila dibasahi rintik kehidupan,
aku jadi terngadah tanpa mampu berkata-kata,
persoalan tidak pernah putus dan keadaan mendesak melebihi batasan,
mungkin benar tidak semua bahagia diharapkan mampu menjadi nyata...
kebahagiaan sedia ada direntap secara tiba-tiba,
tanpa mampu aku sempat bersedia dan merancang,
ketahanan dan kegigihan mula goyah tanpa disedari sesiapa,
jika benar ini takdirnya, bahagia sementara mungkin satu pengakhiran...
setiap manusia mampu bersandiwara,
namun bukan aku yang selalu cuba untuk terus berpura-pura,
andai aku tidak mudah terleka akan kesenangan dan keindahan dunia,
mungkin bukan ini yang akan menjadi pengakhiran yang nyata...
andai ini takdir diri yang perlu redha untuk diredhai,
aku pasrah walau seribu liku perlu dihadapi,
bukan mahu berpura-pura untuk terus mengerti dan memahami,
kelelahan diri semakin meninggi tanpa mampu ditahan lagi...
aku berserah,
aku pasrah,
aku lelah,
semoga sisa kekuatan mampu menahan aku daripada kalah...
kalah dari menghadap rintik kehidupan yang sudah ditentukan tidak sudah....
No comments:
Post a Comment