ujian bertalu-talu bertandang,
hati semakin digamit gerimis yang mengundang tanpa dipinta,
mungkin tiada jalan lain untuk pulang,
pengharapan terakhir yang mungkin tidak akan kembali seperti sedia kala...
aku tersungkur diawangan,
tanpa mengetahui jalan mana yang harus dipilih,
tidak ingin diulangi setiap sesalan,
hanya takdir yang mampu dirintih...
jiwa yang dahulunya penuh kekhilafan,
kini beralih kepada sebuah tanggungjawab yang tidak disangka,
mungkin kifarah atas segala kesalahan,
harap dipermudahkan dan tidak dicerca...
masih adakah sinar bahagia yang menanti,
andai diri ini tidak bererti pada sesiapa,
mungkinkah mampu aku menghayati,
makna hidup yang tak pernah dapat diduga...
kekuatan semakin mengundur dan melayu, dilema datang bertalu-talu, bukan tidak mahu untuk terus kuat dan maju, tetapi apakah benar sinar kebahagiaan mampu dikecapi tatkala diri sudah mula tidak mampu bangkit dan melangkah jauh...
demi tuhan tidak pernah aku mulakan sesuatu perkara setelah yang lama berlalu, tetapi apakah ini takdir untuk aku yang bakal tidak diterima sesiapa...
aku pasrah andai dibuang dan dihina, semoga kemaafan mampu dikecapi demi kehidupan dan takdir yang tersedia...
No comments:
Post a Comment